Thursday 21 April 2011

Sejarah Pendidikan Alam Sekitar

Merangka suatu garis panduan prinsip, matlamat dan objektif Program Pendidikan Alam Sekitar

1.Persidangan Stockholm pada 5-16 Jun 1972 di Sweden tema "Prinsip dan Alam Sekitar Manusia" olen United Nations bertujuan untuk mencapai satu keputusan tentang pendekatan global yang diperlukan bagi mencari penyelesaian terhadap situasi kemerosotan alam sekitar yang semakin bertambah teruk.

2.Persidangan Tbilisi, Georgia (USSR) pada 14-26 Oktober 1977 mengenai Pendidikan Alam Sekitar yang pertama didunia yang dikendalikan UN Education, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) dengan kerjasama UN Environment Programme (UNEP), yang melibatkan 265 delegasi, 65 pembentang serta pemerhati termasuk 3 organisasi antara kerajaan dan 20 organisasi bukan kerajaan (NGO) antarabangsa. Dalam Persidangan ini, garis panduan, matlamat serta objektif Pendidikan Alam Sekitar Merentas KUrikulum dan latihan dalam pra-perkhidmatan bagi guru-guru telah diputuskan.

3.The Belgrade Charter 1975

4. Persidangan Malta 1991 berkenaan Seminar Latihan Alam Sekitar anjuran UNESCO, seminar ini mengesorkan bahawa matlamat utama Pendidikan Alam Sekitar adalah untuk
            4.1 membantu masyarakat sarwajagat menyedari dan memahami isu-isu alam sekitar
            4.2 menguasai kemahiran dan kesungguhan dalam usaha mengatasi isu-isu alam sekitar
            4.3 mengekalkan kualiti alam sekitar dan secara langsung dapat meningkatkan kualiti kehidupan manusia.

5. Agenda 21 1992

6. Laporan Kabinet 1979. Hasil Laporan Jawatankuasa  Kabinet yang ditubuhkan 1974 memutuskan pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dalam struktur KBSR dan KBSM.

1 comment:

  1. Lagu HIJAU - Zainal Abidin

    Bumi yang tiada rimba
    Seumpama hampa
    Dia dicemari manusia
    Yang jahil ketawa

    Bumi yang tiada udara
    Bagai tiada nyawa
    Pasti hilang suatu hari
    Tanpa disedari

    Bumi tanpa lautan
    Akan kehausan
    Pasti lambat laun hilang
    Duniaku yang Madang

    Dewasa ini kita saling merayakan
    Kejayaan yang akhirnya membinasakan
    Apalah gunanya kematangan fikiran
    Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
    Kulihat hijau

    Oo… anok-anok
    Maghasi mandi Laos
    Bersaing main ghama-ghama

    Ale lo ni tuo umurnya berjuto
    Kita usoho jauh ke daghi malapetako

    Ozon lo ni koho nipih nak nak gay
    Keno make asak hok biso, weh
    Pasa maknusia
    Sekmo bendo-bendo di dunio
    Tok le tahe
    Sapa bilo-bilo

    Bumiku yang kian pudar
    Siapa yang melihat
    Di kala kita tersedar
    Mungkinkah terlewat

    Dewasa ini kita saling merayakan
    Kejayaan yang akhirnya membinasakan
    Apalah gunanya kematangan fikiran
    Bila di jiwa kita masih lagi muda dan mentah
    Kulihat hijau


    Korupsi, opresi, obsesi diri
    Polusi, depresi di bumi kini
    Korupsi, opresi, obsesi diri
    Di bumkui kini, dibumiku kini
    Dibumiku kini

    Ooo… anok-anok
    Tok leh menghaso mandi Laos
    Bersaing mandi ghama-ghama

    Ale lo ni tuo umurnya berjoto
    Kito usaho jauh ke daghi malapetako

    Ozon lo ni koho nipih nak nak gay
    Keno make asak hok biso, weh
    Pasa maknusia
    Sekmo bendo-bendo di dunio
    Tok le tahe
    Sapo bilo-bilo

    Penyanyi asal : Zainal Abidin

    ReplyDelete