Wednesday 20 April 2011

Isu-Isu Alam Sekitar

Isu-isu ini perlu sentiasa diberi perhatian, agar kita sentiasa peka dan mesra alam

1. Pertambahan penduduk - keseimbangan taburan, kepadatan dan kualiti hidup
2. Pencemaran - udara, air, haba, radio aktif, bunyi
3. Pembalakan - tidak terkawal, menceroboh kawasan simpanan, gangguan kawasan tadahan hujan, tanah gondol
4. Perdagangan karbon - tanpa sempadan, semua terima kesannya tanpa batasan
5. Kesan rumah hijau - kadar pelepasan  sebatian karbon lebih daripada kadar penyerapan kembali
6. Penipisan lapisan ozon disebabkan CFC khususnya
7. Hakisan tanah - tanah gondol, debu berterbangan, mendakan sungai cetek, tanah runtuh, tanah miskin mineral
8. Pemanasan global - suhu meningkat, salji/ais mencair, paras laut meningkat, banjir sana-sini, air melancong ke daratan
9. Pembakaran terbuka - ladang/kebun dibakar, kebakaran hutan, tapak pelupusan terbakar, pembakaran sana-sini
10.Pembuangan sampah - longkang &parit tersumbat, sungai tercemar, pantai kotor, hidupan mati
11. Hujan asid - asap kenderaan, pelepasan industri, reaktor nuklear, cerombong penapisan/pelantar minyak       
12. Pembangunan tanpa EIA, DEIA dan tidak mampan/lestari
13. Penangkapan ikan berlebihan termasuk anak-anak/benih ikan - penggunaan pukat, bom air/tuba, cara kejutan elektrik
14. Bekalan air bersih berkurangan walaupun kuantiti jumlah isipadu air dunia tetap.
15. Kejadian 'dust bowl' boleh berulang kembali,
tunggu sambungannya...

1 comment:

  1. Teman Setia Ku POKOK

    Wahai sang-sang pokok, jutaan sangat terima kasih KU kepada MU, terima kasih juga bagi pihak rakan-rakan KU, mereka belum mengerti atau buat-buat tak reti, aku tahu
    Kau tak pernah mogok, kau tak pernah berdemonstrasi, kau tak pernah merajuk,
    Walaupun ’ramai’ kawan-kawan MU ’sakit’, layu, kuyu, mereket, dan dah ada yang mati angkara kawan-kawan KU, yang tamak, haloba, rakus,lupa diri , nak kaya cepat tanpa memikirkan kesan dan akibat jangka pendek atau jangka panjang,

    Teman setia KU , POKOK, kaulah satu-satunya pembekal oksigen yang tiada galang gantinya untuk sekelian alam, terima kasih pokok, hasil kerja taat berterusan dan amanah penuh tanggungjawabMU lah makanya paras oksigen disekeliling kita tak pernah berkurang , seluruh alam kehidupan boleh terus hidup dengan selesa tidak tercugap-cugap, kalaulah kau merajuk atau mogok , barulah sedar kawan-kawan ku yang haloba tu akan erti sesak nafas,

    ReplyDelete